<.:.KeInDaHaN YanG SeMeNtArA.:.>

nikmatilah hidup ini agar kita lebih bersyukur...

Tuesday, October 04, 2005

PuAsA dAtAnG LaGi....

Kembali mengaktifkan blog..... aaaaku pulang, tanpa dendam, kuterima kesalahankuuuuu.......
Kembali dari outstation yang panjang di tempat yang tak de kemudahan internet. Rindu sungguh untuk menaip blog semula, mengupdate dan make-up blog. Kini kembali ke opis.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah kerana dengan nikmat yang diberi masih lagi dipanjangkan umur untuk menyambut bulan Ramadhan esok hari, insyaAllah. Pejam celik jap je masa berlalu. Kenangan raya tahun lepas, sayup-sayup je kelihatan..hampir hilang dari pandangan. Gambaran raya yang baru seperti mahu terbit menyinarkan khabar dan cerita yang yang baru pula. Ishk....asyik ingat raya je....,mungkin... tak sabar menunggu hari yang akan mendatang...hehehe
Kepada sume kengkawan, pembaca blog dan sesiapa yang mengenali diri ini diharapkan kehadiran puasa ini dapat menambahkan keinsafan dengan memperbanyakkan amal ibadah, mengambil kesempatan dari ketiadaan syaitan dan gandaan pahala yang telah Allah janjikan. Semoga puasa kita diterima oleh Allah,.Amiinnnn

"Selamat Berpuasa"

1 Comments:

Post a Comment

<< Home