<.:.KeInDaHaN YanG SeMeNtArA.:.>

nikmatilah hidup ini agar kita lebih bersyukur...

Saturday, March 15, 2008

AmAnAh UnTuK Ku

2007, tahun yang memberi ujian kepada aku. Ujian berumahtangga. Cabaran menjadi suami dan ketua rumahtangga. Cabaran awal yang menguji kakuatan diri dan menjadikan kita lebih matang. Aku cuba menjadi yang terbaik. Sentiasa melihat sesuatu dari sudut yang positif. Namun, kadang-kadang kita hilang pertimbangan. Paling penting, sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berdoa bagi dipermudahkan perjalanan hidup ini.

Februari 2007, kegembiraan aku untuk menjadi seorang ayah telah berubah menjadi kedukaan apabila tiba-tiba isteriku telah keguguran. Aku tabahkan hati dan menganggap itu adalah ujian tuhan yang sayangkan umatnya dan tanda ingatNya pada hambaNya.

Jun 2007, aku memanjatkan syukur kepada Allah kerana impian bergelar ayah akan tercapai apabila isteriku disahkan mengandung lagi.

Dan hari yang ditunggu-tunggu tiba akhirnya. Aku menjadi Baba dan isteriku menjadi Umi untuk anak ku yang telah lahir tepat jam 10.28malam, 1 Februari 2008 di hospital Putrajaya. Baby perempuan yang beratnya 3.4kg, panjangnya 48cm lahir secara normal disaksikan oleh aku sendiri bersama nurse dan doktor yang sentiasa memberikan semangat ke atas isteriku supaya dapat melahirkannya dengan mudah. Saat anak ku ditunjukkan kepada aku sejurus lepas lahir, dan tangisannya yang memenuhi bilik bersalin, melegakan aku dan aku amat terharu dan seperti tidak percaya bahawa aku telah bergelar ayah. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua nurse dan doktor yang telah bertungkus lumus berusaha sehingga isteriku bersalin dalam keadaan selamat.
Selamat datang ke dunia yang penuh cabaran ini anakku, Nur Hani Syafini..

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home