<.:.KeInDaHaN YanG SeMeNtArA.:.>

nikmatilah hidup ini agar kita lebih bersyukur...

Saturday, May 21, 2005

SeLaMaT HaRi LaHiR


"SELAMAT HARI LAHIR" yang ke-67 (kalau tak silap) kepada Pengerusi WAJA Group, TN. HJ. Wan Ali bin Wan Jaafar. Majlis yang diadakan pada 20hb(semalam) juga sempena menyambut kepulangan Tn Hj balik dari umrah, majlis perpisahan Suriati dan adik-adik praktikal dari Uitm Ara, Naimah, Zue, Muza dan Amy(Amy....masihkah ingat lagii..-lagu Shidee tahun 90an).
Di dalam kegembiraan ada kesedihan..Inilah lumrah alam, pertemuan dan perpisahan sentiasa berlaku. Jangan dikesalkan kerana perpisahan ini, kerana hidup mesti diteruskan.. Pengalaman bersama lebih utama kerana ia tidak dapat dijualbeli dan telah menjadi sejarah.Jadikan ia sebagai iktibar dan panduan untuk meneruskan kehidupan yang akan kita lalui.
Bila tengok Tn Hj teringat kat abah..Umur pun sama...
"Maafkan saya abah kerana masih membiarkan abah terus bekerja.. InsyaAllah saya akan cuba meneruskan usaha yang telah abah mulakan..Lepas tu abah boleh rehat. Berikan saya sedikit masa lagi..Maafkan anakmu ini.." Posted by Hello

0 Comments:

Post a Comment

<< Home