<.:.KeInDaHaN YanG SeMeNtArA.:.>

nikmatilah hidup ini agar kita lebih bersyukur...

Thursday, June 16, 2005

ImPiAn TeRCaPai..

Yang mana satu nak naik ni.....

Klia(12 June 05)

Haaaaa...tu dia...Dia mai dah,.....

Klia

Kapal terbang yang aku tak naik....

Klia

Akhirnya.... impian masa budak kecik dulu nak naik kapal terbang tercapai gak... Walaupun dalam negeri je... Kisahnya bermula pada 9.6.05 yang lepas bila si Amru-branch manager KB antar signing pages kat tuan hj tanpa report. Apalagi tn hj pun heran lah dengan keadaan tersebut. Kang nanti Tn Hj jadi mangsa kalau report yang keluar nanti tak betul atau ada masalah di kemudian hari. Dahlah branch KB tu bermasalah..

Hj Taqi pun arahkan aku gi KB dengan segara untuk review fail dan report tersebut, sebab klien pun nak cepat. Dia pun suruh aku naik flight, Jie pun siap dah booking tiket kat SRT. Terkejut aku bila kena pegi KB tu. naik flight pulak tu..benda yang wujud dalam angan2 aku je, walaupun bagi orang lain biasa je.Tapi asing bagi budak kampung macam aku ni..Takut pun ada...risau pun ada...macammana besi tu nak terbang nanti ya...kalau terhempas camne ya? macam-macam benda aku pikir pasal kapal terbang ni...Dulu nak sangat nak cuba naik, bila dapat peluang takut pulak nak naik...Tapi sebenarnya rasa seronok juga.....hehehehe

Jumaat ambil tiket kat SRT, Sabtu ada tranning Deferred Tax...dan jumpa Tn Hj, memberi kata dua arahan dan misi yang perlu di selesaikan di KB nanti.

Ahad 5.00 pg dah bersiap nak ke KLIA. Gi umah Ekin dulu sebab dia volunteer nak antar sambil boleh pinjam keta aku sepeninggalan aku ke KB. Bila sampai KLIA je terus cari kaunter tiket dan tunggu sampai boleh check-in. Ish.. rasa macam masih tak percaya je nak naik kapal terbang ni... Macammana nak check-in nanti? macammana nak masuk dalam kapal terbang nanti? Mana pintu masuk dia? macam mana dalam kapal terbang tu nanti? macam mana rupa pramugari dalam kapal tu nanti?ish.. macam-macam aku pikirkan..sambil-sambil tu aku perhatikan orang lain check-in. masuk kat balai berlepas. kena check ngan pengawal...macam orang jakun je aku nie...biasalah benda baru...dahlah pegi sorang2, tapi aku cover2 sikit. taklah tunjuk kampung sangat...

Bila dah time aku masuk kat balai berlepas, aku pun cari gate B8 sebab kapal terbang tunggu kat situ.. Bila disuruh masuk dalam perut kapalterbang je..semua doa aku baca,..dengan tertib masuk dalam kapal..adalah pulak pramugara tunggu depan pintu menyambut penumpang masuk..pastu disambut oleh orang yang aku tunggu2.....pramugari.....hehehe ..hilang rasa gementar skit...Ishhh rasa senyum aku sampai ke telinga..rasanya macam VIP jalan atas karpet merah je..ishh perasan betul aku..Pastu dapat pulak tempat duduk tepi sekali dekat tingkap. dapat tengok luar..

Mula2 bila kapal tu nak terbang je rasa takut juga sebab nampak laju sangat..tapi bila dia naik je...best juga naik kapal terbang ni..rasa macam duduk diawangan..nampak semua benda kat bawah kecik je..bila kapal naik lagi lepas awan tu ,.. nampak sayup je kat bawah...rasa kerdil je diri ni ...dapat tengok keindahan ciptaan Allah,..rasa insaf sekejap...Tapi bila kita kat atas kita jangan lupa pada yang dibawah, sebab bila kita di atas , kita pasti akan kebawah. Macamtulah kapal terbang ni..bila dia nak turun risau je takut tayar tak keluar..tapi bila selamat turun tu rasa bersyukur sangat...lega.....

Bila sampai opis KB hilang segala keindahan naik kapal terbang. Tensionnnnnn....apa yang kau buat ni amruuuu...aghhhhhhhhh...nak balikkkkkkkk....esok pagi nya aku balik dihantar oleh amru ke lapangan terbang, walaupun Tn Hj suruh tangguh dulu balik sampai petang...

Balik dari KB membawa kerja2 urgent. kerja kat opis ni pun urgent...sampai ari ni ,,lega sikit kerja yang urgent dapat dikurangkan walaupun masih ada lagi..berbaloi tidur kat opis,,ni pun tengah bersengkang mata dah lebih 30 jam tak tidur lagi.......nak balik umah!!!!!!!!!....nak tidur.!!!!!!....

Thursday, June 09, 2005

SeNJa 2

Tuesday, June 07, 2005

DaRi KeKaSiH KePaDa KekASiH


Entah berapa kali
Ku cuba membohong hatiku ini

Hebat dilanda
Rindu padamu

Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak

Yang memang tak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu

Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu

Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan

Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikimu

Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini

Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih

***

AkU & KeJa...

Ari ni... lagi sorang staf baru masuk bahagian IT dibawah En. Hasni. Lelaki. Sham je aku panggil. Selepas diperkenalkan pada semua staf, lepas briefing dari bos, En Hasni intercom kat aku, dia kena duduk sebelah aku. Walaupun aku beritahu tempat sebelah aku Amiri nak duduk, tapi bos kata utamakan staf dulu, jadi aku ok jelah. Baru-baru masuk dia dah kena buat keja - repair komputer. Oklah, bagus juga tengah-tengah takde komputer ni, boleh juga tambah komputer yang ada. Harap-harap dia boleh bertahan keje kat sini. Ramai skit staf lelaki. Bertambah lah kaum adam kat opis ni yang boleh dikira. Kalau budak tadika disuruh kira pun boleh,. tak payah campur ngan jari kaki.

Keja aku masih tak habis-habis, MPKTnya..sikit lagi..hehe(janji nak siap Jumaat lepas-hampeh), Brimalnya...tak habis key-in trial balance dalam CCH..(bila ntah nak sambung lagi..target minggu ni nak siapkan), Kualiti Rahmat...sambung keje rosli..(nampak macam dah ok je)..buat starter kit CCH..camne nak mula pun tak tau..(minggu depan tuan hj nak tengok)...

Bila senaraikan keje ni....ish banyak juga keja aku..ni tak termasuk keja yang terkejut2 dan yang secara tiba2. Masa ni lah teringat-ingat kata Tn Hj masa meeting CCH ari tu..yang kita ni mesti pandai urus masa dengan betul. Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh..Aku memang sentiasa setuju ngan pendapat Tn Hj. Cuma diri sendiri ni macam susah je nak ikut. Tak de dorongan kot...Sapelah nak bagi dorongan kat aku nie..... :-)

Thursday, June 02, 2005

MaCaM-MaCaM AdA.....

Betul ke? Boleh ke? Isk,.boleh caye ke? Tapi semangat gile nak tau ni. Tengah-tengah demam ni. Memang nak macam-macam. Aku mesti cari. Lepas aku 'on'kan komputer, aku cari. Dapat. Aku cuba buka. Tapi isinya lain pulak. Camne ni? Iza kata ada. Dia dapat SMS kata ada. Dekat radio pun cakap ada, tapi dia dengar tak habis sebab dia dengar dalam keta, bila dah sampai radio ditutup, dia tak dapat dengar camne nak buka.
"Saya dapat SMS abang Halim, tapi tak disebut pulak buka kat mane?" Iza cuba bagi keyakinan pada aku yang benda tu ada.
Takpe aku cuba lagi. Aku buka satu-satu. Macam mane rupenye ya? Macam ni ke? Tak boleh tengok pun?
" Ha!...adalah Iza." Aku begitu teruja bila benda tu keluar kat skrin komputer.
" Tapi kena subscribe lah pulak."aku memberi infomasi pada iza sambil jari aku bermain dengan cursor mencari maklumat yang boleh bagi aku lebih kefahaman.
"Pandai betullah diorang nak buat duit."Iza bagi respon dari kata-kata aku.
"RM 9.00 sebulan."Aku bagi maklumat yang aku baca.
" Saya nak cubalah, nak tengok camne."Aku buat keputusan.
"Pukul berapa nak pergi ni?" Tiba-tiba Amiri datang kat aku, dah siap dengan fail dengan laptop tersangkut kat bahu.
" Jap lagi, dah siap ya?" Aku buat-buat tanya soalan yang dah ada jawapan.
Nak kuar pulak. Takpelah nanti balik aku subscribe.
****************************************
Balik opis je kul 5.30 petang tadi, aku terus gi kat komputer aku.Aku buka balik benda tadi. Aku ikut apa yang disuruh. Aku bagi sms. Ting tong..hp aku bunyi. Cepat dia balas. Aku bagi lagi. Tak lama pastu bunyi lagi tepon aku. Yesss,.. dah dapat. Pastu aku sambung balik apa yang disuruh. Oooh....camni rupenya. Ok gak. Tapi tak de live ke? Tak kan camni je . Habis RM 9.00 aku.
"Kami minta maaf, terdapat gangguan teknikal, buka sebentar lagi"ayat yang tak best keluar kat skrin.
Takpelah dah demam punya pasal, dapat tengok camni pun oklah.
+++++++++++++++++++++++++++++
Korang nak tau tak apa benda nya? Kalau dah tau takpalah. Saje nak cerite. Kalau belum tau, tekan lah kat iklan AF kat ruangan iklan tu. Nanti dapatlah tau. Ok...

Wednesday, June 01, 2005

Alala...BuCuK...