<.:.KeInDaHaN YanG SeMeNtArA.:.>

nikmatilah hidup ini agar kita lebih bersyukur...

Tuesday, May 31, 2005

ArA, AmY, NaiMaH, ZuEJaWs, MuZa...

Hari ini adalah hari terakhir student Uitm praktikal kat opis. Mereka adalah seperti kat gambar atas tu dari kiri Muza, Naimah, Halim(student tua=>akulah tu), Ara dan berdiri dari kiri Zue(Zuejaws,...peace) dan Amy(Amy masihkah ingat lagiiii=>kena nyanyi lagu Shidee awal tahun 90an). Terasa sedih pulak bila diorang takde. Tak boleh nak kacau lagi. Sempena hari terakhir diorang ni ingat nak bawa diorang gi makan. Suruh Ara cari tempat nak makan kat mane,..last-last aku jugak tentukan tempat makan tu. Aku cadangkan makan Restoran Selamber kat Sek. 25. Diorang pun ok je. Balik keja, lepas diorang settle dengan staff lain, mulalah bersiap nak pegi. Tapi Muza dan Zue tak dapat pegi sebab ada hal. Kebetulan pulak Hj Taqi nampak so dia pun ikut sekali selain Amiri dan Rosli yang aku ajak sekali. Ara, Naimah dan Amy naik keta aku buat pertama kalinya.manakala Rosli ngan Amiri naik keta Hj Taqi. Sampai je Hj Taqi cakap aku bayar dulu pastu claim ngan dia. Tapi lepas order dia terus hilang nak jalan2 katanya. Tapi sebenarnya dia nak cucuk duit. Tak jadi aku nak belanja diorang, bos dah belanja, sume skali dia bayar, aku belanja otak-otak je. Semoga pengalaman semasa praktikal ni dapat membantu korang sume dalam pembelajaran dan kerjaya korang kelak. Ingat2lah kami kat sini.

Monday, May 30, 2005

SeNJa NaN MeRaH..


-HA-

Sunday, May 29, 2005

NaK uLaS JuGa..

Sesape yang ada tengok muzik @ ria baru2 nie yang ada student AF3 yang tak dapat masuk sekolah(saye tengok ari ahad pagi punya-ulangan kot). Si Mawi tu rupanya mak dia mula-mula tak bagi pegi sebab dia sepatutnya kena daftar jadi bilal, tapi akhirnya mak dia yang tolong kemaskan beg. Mungkin ada hikmahnya dia pergi ke AF tu walaupun tak dapat masuk tapi dia dah glemer dah. Pasni kalau dia jadi bilal kat mana2 mesti ramai yang datang sembahyang sebab orang nak jumpa dia dan suka dengar suara dia. Mungkin mula-mula orang datang sembahyang sebab dia. Dia hanya penyebab saje. Kalau Allah nak bagi hidayah macam-macam cara. Cuma diharapkan dia tabah menghadapi dugaan dan ujian yang akan datang kepadanya. Barulah keimanan kepada Allah itu diakui. Yang bestnya bila time last dia dapat kejutan dari Ustaz Asri dari Rabbani yang tiba2 muncul dalam program tu. Nyanyi sama2 lagi... Tak masuk AF3 pun dah dapat kejutan. Dapat CD lagi..Hidup Mawi!, Hidup Kulai!, Hidup Johor!(semangat kenegerian pulak, sorry...hehehe),..-> ehh kenapa tiba2 minat Mawi nie....Sorry Sue , Yatt..





InDaHnYa....



-HA-

Friday, May 27, 2005

CoMelNya.....

Walaupun dirimu sesekali muncul, namun ia menyerikan lagi suasana yang sememangnya indah. Tapi ku tahu bukannya mudah untuk mendekatimu. Dirimu umpama merpati, dihampiri boleh nak ditangkap lari. Susuk fizikal mu yang kecil dan comel sememangnya menarik perhatian semua orang. Ku tahu dirimu cukup bijak. Bijak berfikir, bijak dalam segala tindakan. Sehinggakan ada orang yang menjadikan dirimu sebagai idola.
Namun kini, dirimu sentiasa menjadi mangsa. Mangsa keadaan. Apakah salah ibu mengandung. Bukan. Aku tahu ia bukan salah sesiapa. Kau juga tahu. Tapi tidak mengapa. Sekurang-kurangnya aku masih boleh melihat dirimu. Janganlah dikesali apa yang telah berlaku. Inilah kehidupan.
"Jangan lupa temui saya dalam clip video Ct Norhaliza dengan lagu Seindah Biasa". Mungkin itulah ucapan yang ingin kau katakan bila kau muncul dalam video itu. Kau memang comel..........-CT-

Thursday, May 26, 2005

Alhamdulillah....

Erkkk...Alhamdulillah bersyukur kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepada hambamu ini..Pagi-pagi lagi, baru masuk kerja dah dapat rezeki. Betulah dalam Islam pun kita disuruh bangun pagi-pagi sembahyang subuh dan terus keluar mencari rezeki. Mak pun selalu marah kalau bangun tidur lambat, tak masuk rezeki katanya..Baru mula nak buat keja telefon dah menyanyikan lagu sumbangnya.Amiri angkat.
"Lim, telefon" Amiri bagi kat aku.
"Abang Halim kalau nak makan pulut datanglah kat bawah", ct interkom dari mejanya macam paham-paham je aku tengah lapar. Dalam kepala terbayang pulut kuning yang aku dapat bila mak aku bawa balik dari jemputan kenduri kahwin kat kampung. Sebabnya akulah yang manghabiskan pulut tu..
Bila sampai kat bawah terpandang sabri macam nak habiskan je pulut dalam bekas tu.Ini kena cepat ni, kalau tak habis tak dapat aku..Tengok je pulut tu teringat pulak makan pulut ngan durian campur santan, makan tepi jalan kat kampung darat kat sintok. Special request ngan makcik jual durian tu..Ishh banyak pulak kenangan makan pulut nie..Dalam masa sama Hj Taqi nak buat meeting audit. Ahh... tak pe aku makan jap je...Bila turn aku sampai je aku pun ambil skit je pulut tu campur sambal ikan bilis sikit, dan ikan kering. Sekali makan je,..puh sedap juga..nak tambah lagi segan pulak..lagipun Hj taqi dah tunggu nak meeting..takpelah. Selesai basuh pinggan aku pun naik kat semula sebab meeting pun dah nak mula..Terima kasih kepada Aishah yang offer and masak pulut, terima kasih kak dila yang arrange breakfast dan bawa sambal ikan bilis, terima kasih pcms, terima kasih18 x...... daun keladi.........

Wednesday, May 25, 2005

MpKt oh MpKt

Alamak,...terkejut aku dibuatnya walaupun memang patut aku dikejutkan. Dah hampir sebulan balik dari Terengganu aku buat-buat lupa pasal report MPKT. Minggu lepas lagi Hj Taqi dah bagi hint kat aku, bila dia boleh review MPKT. Tapi petang tadi sebelum balik keja, Hj Taqi datang kat meja aku sambil senyum menyuarakan keinginannya sekali lagi.
" Lim, hari Jumaat nie boleh kita bincang pasal MPKT, pastu boleh terus kuar invois" dengan senyuman yang macam terpaksa aku pandang dia.
"Jumaat nie?" aku buat-buat tanya balik untuk kepastian.
"Aa"jawab Hj Taqi sambil meghadiahkan senyuman lembut seorang boss.
"aaa..okay" jawapan macam orang tengah mamai baru dikejutkan dari tidur.
Lepas dia blah je aku pun pandang kat Amiri minta simpati, harap-harap dia dapat tolong-tolong sikit. Mana taknya satu isu pun tak create lagi, working paper tak tersusun lagi, laporan terperinci baru 30%. Tapi biasalah aku, tak akan mengaku kalah selagi belum cuba. Akan ku cuba sedaya upaya aku untuk menyiapkannya.(Semangat je bekobar-kobar). Dalam kepala dah ada plan, nak buat yang mana dulu. Susun working paper ikut indeks, pastu review keja Amiri dan Herwan,pastu buat ML, pastu laporan terperinci pastu buat invois pastu antar, pastu siap...Isk,isk banyak juga kejanya. Staybacklah aku malam ni..Oi lim..keja-keja.... -mpkt-

Jika kita mencintai seseorang.....

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseoranguntuk kita mencarinya. Itulah namanyaCinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - RajaPedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itudisambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta kedalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

Saturday, May 21, 2005

MaSiHkAh AdA SeTiA

"Laut dan pantai tak dapat dipisahkan"
"Irama dan lagu mesti bersatu"
"Siang menanti malam, malam menunggu siang"
"Hanya pungguk yang rindukan bulan"
"Hanya pantai yang masih setia pada laut"
"Hanya irama menghadirkan semangat lagu"
"Hanya siang yang setia pada malam"
"Namun..., hati ini... masih begini..."

TC

SeLaMaT HaRi LaHiR


"SELAMAT HARI LAHIR" yang ke-67 (kalau tak silap) kepada Pengerusi WAJA Group, TN. HJ. Wan Ali bin Wan Jaafar. Majlis yang diadakan pada 20hb(semalam) juga sempena menyambut kepulangan Tn Hj balik dari umrah, majlis perpisahan Suriati dan adik-adik praktikal dari Uitm Ara, Naimah, Zue, Muza dan Amy(Amy....masihkah ingat lagii..-lagu Shidee tahun 90an).
Di dalam kegembiraan ada kesedihan..Inilah lumrah alam, pertemuan dan perpisahan sentiasa berlaku. Jangan dikesalkan kerana perpisahan ini, kerana hidup mesti diteruskan.. Pengalaman bersama lebih utama kerana ia tidak dapat dijualbeli dan telah menjadi sejarah.Jadikan ia sebagai iktibar dan panduan untuk meneruskan kehidupan yang akan kita lalui.
Bila tengok Tn Hj teringat kat abah..Umur pun sama...
"Maafkan saya abah kerana masih membiarkan abah terus bekerja.. InsyaAllah saya akan cuba meneruskan usaha yang telah abah mulakan..Lepas tu abah boleh rehat. Berikan saya sedikit masa lagi..Maafkan anakmu ini.." Posted by Hello

Thursday, May 19, 2005

MiRai bY KiRoRo



intro-

F Bb C

(1)
F-------------------Am
hora ashimoto wo mitegoran
----Dm------------- Am
kore ga anata no ayumu michi
----Bb--------- C-------- F-- Dm
hora mae wo mitegoran
--Bb---------C------------F
are ga anata no mirai


F----------------Am
haha ga kureta
Dm---------------Am
takusan no yasashisa
Bb--C-- F--DmBb----------------C
ai wo idaite ayume to kurikaeshita
F--------------------Am---------- Bb
ano toki wa mada osanakute
-----C#-------------- F
imi nado shiranai
E Dm--------------- Am --------------Bb
_sonna watashi no te wo nigiri
---------C------------- F
issho ni ayundekita


F--------------Am
yume wa itsumo
Dm-------------------- Am
sora takaku aru kara
---Bb--------- C-------- F- Dm
todokanakute kowai ne
Bb ------------------C
__dakedo oitsuzukeru no
F -------------Am ---------Bb
jibun no SUTOORII dakara koso
--C#-------------- F
akirametakunai
E Dm-------------- Am------------- Bb
__fuan ni naru to te wo nigiri
---------C------------- F
issho ni ayundekita


(2)
Bb ------------------C------------ F----------- Dm
sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
----------Bb-----------------------C
hanareta haha e sunao ni narezu
F -----------------------Am
ULANG (1)

ULANG (2)
ULANG (1)2X


mirai e mukatte

yukkuri to aruite yukoo

TeNtAnG DiA

Melly Goeslaw Ft VJ Evan
Sehitam langit di angkasa
Yang mendung memurungkan bumi
Takutku ke masa yang lalu
Menorehkan luka dalam hati
Kekasih yakini cintaku
Disinilah cintaku berlabuh
Perjalanan mencari jawaban
Berakhir karam dihatimu
Cerita cinta anak remaja
Menggauli kidung kasih
Punahkah takut dihati
Terkutuklah bila kita berpisah
Selamanya harus bersama
Buktikan kita bahagia
Tentang dia tak perlu kau risau
Lagu cinta hanya untuk kita
Dan kini tidur ku tersenyum
Oh gadis aku cinta padamu
Tentang dia jangan pernah terlupa
Biar menjadi cerita
Di balik cerita kita

Wednesday, May 18, 2005

aKu, DiA & kAmU


Siapalah aku..Di kejauhan ini aku hanya sekadar mampu melihat..Di sini aku menanti..Di sini aku menunggu...cerita...tentang dia....
Diakah itu,..yang sedang aku lihat..yang sedang aku nanti...cerita..tentangnya...
Kamu kan? yang aku lihat..yang aku nanti...cerita..tentang.......ahh...siapa-siapa saja..
Aku rindu.........Posted by Hello

Tuesday, May 17, 2005

aKu, pAnTai dAn oMbAk...


Posted by Hello "Di tepi pantai yang indah..., aku duduk seorang diriiiii... suasanaaa...sepiii,...." ewah.. tapi sayang seribu kali sayang,.. tak boleh nak mandilah pulak...adalah pulak yang lemas kang. Tapi tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasanya cukup menenangkan..

Friday, May 13, 2005

Kenangan semalam..

Masa buat audit mpkt ari tu..24 April - 5 Mei teringat kat member kena ngurat dengan awekz tganu. gabrah jugaklah member tu bila dapat sms misteri.. abang paling ancomlah katakan... antara kami tiga orang..siap bermadah lagi awekz tu memujuk nak berkenalan... oiii herwan jom gi kt mutiara lagi..hehehe